Friday, October 5, 2012

----m4k,4b4h...m1r4 m1nt4k m44f----

bismillahirahmanirahim...
ya allah,dosa ke aku buat macam ni ?
tadi aku dapat meseg dari mak
"boleh tak kau balas meseg abah ? abah tu terlalu sayangkan kau tau ! bila nak makan mesti ingat kat kau ! "
mak...bukan mira tak nak balas meseg mak dengan abah..tp mira tak de kredit
mira minta maaf sangat-sangat..
mira tak tau apa mira dah buat ni buat mak dengan abah sakit hati..
mira tau mak dengan abah sayangkan mira..
mak..mira tak minta pun abah sayangkan mira
biar lah dalam dunia ni tak de sapa yang sayangkan mira,asalkan mira ade mak dengan atok
mira kat sini tak de duit,duit mira pun ada rm3 je..
mira minta abah masukkn duit,tapi abah kata tak kira sawit lagi\
tak pelah mira faham..mira boleh jimat lagi..
cuma mira terkilan,bila abang dengan akak minta duit mak dengan abah boleh masukan cepat..
\takpelah mak dengan abah...mira tetap sayangkan mak dengan abah sampai bila-bila :)
ya allah..kuatkan lah hati hambamu ni dalam menghadapi dugaan mu...



Friday, September 7, 2012

----t14d4 1d3nt1t1----

3.22 am
it's morning 
bila semua orang dah tidur dan aku sorang yang berjaga
mula lah fikiran aku melayang-layang entah kemana
aku terfikir ada ke aku ni dah lupa macam mana nak sayang orang?
macam  mana nak bercakap dengan orang yang berstatus "pakwe"
dah 4 bulan aku single and bila aku ade dia,aku rasa macam hidup aku kekok
aku tak tau nak jadi orang yang macam mana bila bercakap dengan dia
follow cara dia atau ikut kepala sendiri
kadang-kadang aku rasa yang single ni sbenarnya lebih seronok beranding ade couple
tak payah nak jaga hati orang lain
hati sendiri je yang perlu jaga
walaupun kadang-kadang rasa sunyi (bukan kadang-kadang la)
sekarang aku tak tahu nak buat macam mana
aku berserah pada mu ya Allah
ya Allah,apa yang kau cuba berikan pada hambamu ini
ringankanlah ujian hambamu ya Allah :)



Sunday, September 2, 2012

----k3n4p4 l3l4k1 sus4h n4k p4h4m p3r3mpu4n----

assalamualaikum...
mood sekarang *kebingungan*
kenapa lelaki susah nak faham perempuan ?
kenapa lelaki fikir bila dia susah dia tak mampu nak bahagiakan perempuan tu?
kenapa tak kongsi susah senang tu sama -sama?
kenapa nak susah sorang-sorang dan buat perempuan tu sedih ?
its not fair !
cuba lah faham hati ni walaupun sekejap
perempuan tak perlukan lelaki yang kaya atau handsome untuk bahagiakan dia
cukup lelaki tu mampu buat dia ketawa 
:( 

Wednesday, August 15, 2012

----S3L4M4T H4R1 R4Y4 W4RG4 BLOGG3R ----

assalamualaikum wbt
yeaaahh ! bella dah sampai rumah 
jauh betul perjalanan 
rasa macam betul-betul perantau lak
(padahal belajar dalam johor jugak)
semalam ada orang ambil kita balik dari kampus :DD
walaweehh
nak tau ke sapa?
nama dia mohd ezam
actually kenal dia dalam 2 tahun dah
tapi tak pernah jumpa pun
so semalam baru first time jumpa dia
no bad la,penat aku gelak dengan dia and kawan dia tu
he make me laugh so damn crazy :)))
but i still keep my rules no feeling no hurt
wahai sang pelangi indah

ehh ! lagi dua hari je lagi kita nak raya tau :D
tak sabarnya laa
baju raya dah siap ke belum ni ek
hurmm
di kesempatan ini
saya amirah nabilah nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin
selama mengupdate blog ni
ada yang salah menaip atau tersalah harap dimaafkan
:)
lastly 
jemput lah datang rumah yeeee :DD
SELAMAT HARI RAYA WARGA BLOGGER

Sunday, July 22, 2012

---s4l4m r4m4dh4n----

assalamualaikum all reader blog :)
selamat menyambt ramadhan al-mubarak 
hari ni hari ketiga kita umat islam berpuasa..
masa hari ketiga ni,aku berpuasa kat kampus :(
haaaa ni masalah dia !
esok pagi nak sahur apa? nak bangun kol bapa?
eeee tatau la !
rasa macam nangis pon ada jugak :(
mak ! macam mana ni...
susahnye puasa kat sini :(
oke la..bye:(

Friday, June 22, 2012

----w3 4r3 fr13nD FOREVER----

helloo reader blog :)
oke post kali ni nak story pasal friend 
org kata kawan bia beribu kasih biar satu
#girlfriend :)
ahahah ! sweet kan kami :)
pic ni time shopping kat city square 
penat berjalan satu hari and last kite orang lepak tutti fruity :)
#sangat comel kami kan :)
before pergi sempat la kiteorang snap :)
bella and angah
bella and sarah

ramai yang tak dapat pergi :(
pape pon korang kena tahu yang aku sayang korang semua :)
muahh !!



Thursday, June 14, 2012

----n4kkk b4l3kkkk !! ----

tadi masa bangun tidur dapat call dari mak
masa tu air mata dah keluar dah
bukan sebab rindukan rumah 
tapi sebab dapat berita yang nenek masuk hospital :(
mak bagi telefon kat nenek
sedih sangat dengar suara nenek
nak balekk sekarang jgk !
masa nak balek kampus tak sempat nak jumpa nenek
rasa bersalah sangat
rindu nenek sangat-sangat
minta-minta nenek tak pape
sebab nenek yang jaga bella dari kecik
esok lepas kelas nak teruss pecutt balekkk !!

Tuesday, May 29, 2012

---ohh !! my b4d d4y----

bad day? why ?
mesti korang tertanya-tanya kan
actually bad day sebab nset kesayangan aku hilang
macam mana boleh hilang?
tu tak payah la cerita
hukum karma kan
*pelek -_-*
aku perasan satu bende bila nset aku hilang
hati aku tak tenteram
sedangkan aku tahu yang tak akan ada sapa-sapa yang msg or call aku
aku sayang tpon 2 sebab bnyak kenangan aku dengan dia
bnyak msg2 aku dengan dia
yang boleh buat aku tersenyum sorang-sorang
aku rindu dia ke?
tah la..aku pon tak tahu
sama ada dia ada lagi ke tak dalam hati aku
-the end-
*tido time*

Monday, May 21, 2012

----life must go on right---

blog ko je la tempat aku luah kan rasa sedih aku ni :(
ko je la tempat aku nak cerita segala bende :(
aku sedih sangat sebab hati dia mudah sangat berubah
aku sedih 
hati dia mcm tak pernah ada dekat aku
susah sangat nak lupakan dia
nak cari yang baru lak bukan senang
kang main amek terambik bapak ayam lak
mati aku
tapi aku bersykur sebab aku tak kenal dia lebih jauh
makin lme aku kenal dia kang
makin sakit hati aku dengan dia
sekang aku dah buang mesy dia
waaaa..lega aku tak dpt tgk dia lagi !!
berambus ko dari hdup aku setan !!

Wednesday, May 16, 2012

----4nd41 4ku b3rc1nt4 l4g1 (MOJO)----


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda


# awak..sampai sekarang sy tetap rindu awak :( 
awak dah ada penganti saya :(mudahnya :(

Sunday, May 13, 2012

----no t1ttl3----

adesssssss..
hari ni ade sorang pempuan ni pm aku
dia kata kan
dia suke ex aku :(
kenapa la suke wat aku sedih :(
bukan senang nak lupakan dia
sebab aku syg kat dia lagi
aku clash dengan dia bukan sebab aku benci dia
tapi sebab aku syg kan dia
and aku tak nak dia sedih
sebab tu la aku lepaskan dia
n hari ni aku dapat tahu yang pempuan lain lak suke kat dia
ya Allah...
rasa macam kena madukan la pulak
tapi aku harap pempuan tu dapat bahagiakan dia
aku suke tgk dia happy <3 

Saturday, May 12, 2012

----sur4t untuk ibu----


**emak terima kasih lahirkan mira kedunia. selama 9 bulan 10 hari mak bawak mira. berat tak mak??
emak,terima kasih sebab jaga mira terima kasih sebab jadikan mira seorang manusia. insyallah mira akan balas jasa mak :')
emak walaupon mak selalu marah mira keluar tapi mak tetap bagi kan. mak pesan jangan buat bukan-bukan pas tu mak pesan jangan balik sebelum maghrib. kadang-kadang mira rasa rimas semua tu. tp mira paham mak buat sebab mak risaukan mira :') mak.. mira minta maaf sebab dah banyak lukakan hati mak,buat mak nangis..mira nak jadi anak yang baik. mira janji mira tak buat semua tu lagi. 
mak...selamat hari ibu :') u r my mom forever..walaupon kadang-kadang mira rasa mak selalu kongkong mira tapi lama-lama mira paham kenapa..sebabnya mira anak perempuan mak yang terakhir :') mira kan adik..
mak..jangan sakit-sakit lagi :'( mak kena sehat sebab mak kena jaga mira lagi..
wwalaupon pada pandangan orang lain mira ni budak 19 tahun tapi pada mak mira ni still budak kecik yang belum tahu jaga diri  :') 
mak kena jaga mira :'( sampai mira jumpa orang yang betul-betul dapat jaga mira macam mak jaga mira
"selamat hari ibu" terima kasih emak sebab sayang mira :) 

Sunday, May 6, 2012

----4p4 s3k4r4ng n1---

awak...
apa status saya sekarang?
awak still saya punya ke?
saya still dalam hati awak ke?
saya teringin nak tanya awak tapi saya takut jawapan tu negatif
so..baik saya diam jek la
masa-masa sekarang ni kan
bila saya nampak awak saya teruja sangat
nampak awak mesej saya hati saya rasa bunga-bunga
nampk awak post dekat wall saya pon saya dah bahagia
:)
awak buat saya senyum balik
walaupun hakikatnya awak bukan saya punya

Thursday, May 3, 2012

----luk4 l4g1----

arghhhhhhh !!! 
bodohnye rasa hari ni...
bodoh sangat !!
aku lum ready semua ni la...
why this happend...
i miss u...
kenapa time ni awk na pergi
kenapa tak dulu
sebelum sy jd mcm ni
arghh!! serabut nye kepala !!
tapi sy tetap akan ingt awak dalam doa saya
amin...
mlam tadi saya ta ley tido
sy bace meseg mse kite dulu kenal
sampai la sy ttdo..
mlm td sy asik tejaga je
sy bagun terus on9 fb..sy nmpk relationship kite lg
hati saya lega
tapi td.. dah berubah
mudahnye....

----k3n4p4 s3mu4 n1 t3rj4d1----

amin farhan....
macam ni ke kisah kita habis
sumpah saya tak jangka semua ni
strt kita mula kapel saya harap tinggi dengan awak
saya harap awak tak sama dengan dia
saya serabut kan?
sebab tu awak tinggal kan saya
saya dah kata dengan awak dulu
saya ni serabut
tapi awak kata tak ape
awak terima saya seadanya
tapi hari ni?
awak tinggalkan saya
saat saya betul-betul down awak tinggal saya macam tu jek
tapi memang salah saya pon
padan dengan muka saya kan
tapi saya nak awak tau
dalam hati saya ada awak
tengok post-post dekat bawah ni
semua pasal awak
saya nak bagitahu awak satu bende
pasal yang orang datang meninang saya tu
saya tipu...
sebab saya nak tengok apa reaksi awak
saya gembira bila tengok awak risau
sebab saya ade harapan dalam hati awak
tapi hati saya kuat katakan yang awak tak lupakan qish
kalau betul awak nak lupakan dia
mesti gambar dalam fb tu awak dah padam kan
syg betul awak dengan dia ea
senin lepas besday dia kan?
dari dulu perasaan saya kat awak mcm ni
mcm sesuatu akan jadi antara kita
tapi saya kata
"awak tetap sayangkan saya..awak dah janji"
sakit awak hati saya..
saya doakan awak bahagia 
-mrs.paan-
[awak putus dengan saya sebab saya ngada-ngada]


Wednesday, May 2, 2012

----4w4k s4y4 r1ndu 4w4k----

hari ni satu harikan kita tak meseg
hari ni jugak satu hari saya ego tanak tepon awak
sebenarnya
saya kecewa dengan awak
malam td masa saya tepon awak
awak macam lagi pentingkan ape yang awak tengok tu dari saya
saya sakit hati
:(
hari ni,saya tahu awak tade kredit
pagi-pagi saya tak cakap gud moning pon dengan awak
ego kan saya
saya nampak awak dekat room pon saya rasa macam nak ngelak dr awak
saya terkilan dengan awak
awak tak rasa ke apa saya rasa
awak tak perasan ke saya berubah hari ni?
kenapa awak tak tanya saya kenapa
kenapa ?
saya rindukan awak
saya nak sangat meseg awak
tapi saya takut saya gangu awak
awak ,apa yang awak fikirkan sekarang?
sapa yang ada dalam hati awak?
kalau la saya dapat baca apa dalam hati awak
satu saya minta dengan awak
kalau awak rasa awak dah tak suka saya
tolong cakap baik-baik dan lepaskan saya
jangan tipu dri awak dan diri saya
pleasssss :(

Thursday, April 26, 2012

----kOsOng----

bismilahirahmanirahim
 Allah Ya Rahman Ya Rahim
jauhkan lah dia dari segala sakit dan marabahaya
dekatkan dia dengan dirimu
izinkan aku menyayanginya
izinkan aku mendekatinya
walau pun susah dan senang
janganlah engkau resah kan hatinya hanya dengan 
perkara yang belum tentu sahihnya
kuatkan lah hatinya menghadapinya
amin ya rabbal alamin



Saturday, April 21, 2012

----s4y4 t4k n4k 4w4k s4k1t----

awak demam arini kan
hurmmm
susahnya hati saya
saya tak tahu nak buat macam mana
saya nak je masakkan awak bubur
and
hantar g rumah awak
tapi
jarak memisahkan kita
to far my dear
and i wanna tell u how much i miss u today
everyday it will increased
i really hope u will understand how i feel
awak selalu demam
saya takut sangat awak demam
sebab kalau awak demam sampai kena g klinik
sebab ubat yang awak makan semua tak jalan
awak jangan la sakit-sakit
saya tanak awak sakit
biarlah saya yang sakit saya tanak awak
biarlah awak kehilangan saya jangan saya kehilangan awak
sebab saya tak sanggup hilang semangat saya
awk :)

----p3nd4m---

"bisik hatiku lepaskan dirimu"
"sungguh aku tak bisa"
sayu bila dengar lagu ni
terasa nak keluarkan air mata pun ada
lagu ni sesuai untuk rasa dan perasaan aku sekarang
rasa sangat-sangat sayu
rasa macam rindukan seseorang
rasa terfikir sampai bila nak cari penghujungnya
atau tiada penghujungnya
antara aku dan dia
teringat balik saat aku dikecewakan
sakitnya hanya Allah yang tahu
sekuat-kuat hati wanita akan lemah dengan cinta
sekuat-kuat hati lelaki akan lemah dengan wanita

one more thing aku...
aku rasa aku betul-betul lemah saat ni
lemah untuk menghadapi dunia 
dunia yang selalu berubah setiap masa tanpa menunggu yang lain
setiap kali itu jugak aku akan melakukan kesilapan
dan setiap kali itu jugak aku akan
diherdik dan dicaci
mampu kah aku meneruskan dugaan ni 
dengan hati aku yang semakin hiba
ya Allah bantulah hambamu ini

Monday, April 16, 2012

----4ku k4u d4n p3r4s44n----

to my dear Amin Farhan
pernah tak awak tahu apa dalam hati saya
sayang sayang sangat dengan awak :'(
tapi...
saya tak dapat nak buang jauh-jauh perasaan cemburu saya
bila teringat kan awak dengan "dia"
bila saya bukak facebook awak
saya nampak awak selalu tengok wall dia
awak selalu balas komen dia
tapi kenapa kat wall saya awak tak buat macam tu?
bila saya baca meseg awak dengan dia dalam inbox
saya dapat rasakan yang awak susah nak lupakan dia
dan saya tak tahu sampai sekrang ni hati awak dekat sapa
atau saya cuma dapat jasad awak
tapi hati awak dengan dia
boleh kata setiap malam hati saya tak tenang sebab ni
kenapa awak tak boleh buat saya yakin dengan awak?
bukan saya tak percaya dengan awak
tapi
hati saya nih
mungkin sebab saya fobia dengan orang yang cuba main-mainkan perasaan saya
sebab tu saya susah nak percayakan orang lain
i am really sorry :'(


Friday, April 6, 2012

---4m1n f4rh4n----

mesti korang tertanya-tanya kan sapa pulak amin farhan ni
dia la dah bagi aku ubat luka
kira mcm plaster la :)
dia datang saat aku perlukan seseorang
actually bukan dia sorang,ada lagi
tapi sebenarnya first time aku add fb dia
aku dah mula suka dengan dia
tapi aku tak la na try dia lagi sebab masa tu aku tak single
and aku tak ade pulak nak tau pasal awek dia
20/3/2012
masa ni aku dah single
on9 waktu pagi ade dia ^___^
masa tu saje panggil dia sayang
sebab tade orang lain dalam tu
hehehehe
ta sangka pulak dia melayan
sebab sebelum ni dia tak kan layan
so dia kata na add mesy
aku pon bagi la
tak sampai satu jam kitaorang pm dia minta num tepon
kikikikiki
aku yang tanpa segan silu ni pon bagi jek la
#nmpksgttakmalu
start dari tu la kitaorang kawan
and siang tu satu hari kitaorang mesej
aku paling ingat ayat ni
"mulai hari ni bella paan punya"
masa tu memang aku tengah senyum sampai telinga la :)
by the way
aku happy dengan dia,aku terima dia seadanya
tak mudah nak terima kisah silam seseorang
tapi aku cuba sebab aku sendiri pon ade kisah silam
amin farhan saya sayang awak sangat-sangat
saya harap awak lah yang terakhir untuk saya
tolong jaga hati saya baik-baik
saya tak nak dia luka lagi 
awak saya sayang awak :) 

Monday, April 2, 2012

----my f1rst s3m ro0m4t3----

assalamualaikum my roomate :)
walau pun tak semua ada dalam pic kat atas tu
tapi aku tatau mne na dapat pic semua kite semua :(
first of all aku na minta maaf dengan korang sebab tak dapat jadi kawan yang baik
korang kenal aku dalam masa 4 bulan kan?
apa pandangan korang tentang aku?
kalau korang betul-betul kenal aku
aku takkan cerita masalah aku dekat sape-sape
aku tak pandai nak terus terang 
aku tak pandai nak berbual
aku tak pandai nak ajar orang walaupun aku tau bende tu
aku tak reti nak kata sayang dekat kawan aku sendiri
itu lah aku :(
hahahaha

mesti korang na kata aku playgirl kan?
aku bukan playgirl tapi aku suka berkawan
dalam ym macam-macam orang aku kenal
tapi kalau korang tengok aku becinta
and macam mana aku frust
aisyah je yang nampak
lepas aku clash dengan azan pukul 4 aku pun aku susah nak tido
bodoh kan cara aku becinta :(
wahahahah

sory my friend i am not a good friend :(
sumpah aku betul-betul sayangkan korang
aku tak espect kita akan jadi macam satu family
tapi tak lama lagi sarah dengan mazz nak tinggal kan aku
korang nak tau tak korang la yang buat bilik kita tu heboh
aku suke gila kawan dengan korang
mazz nati kalau kau tak de sape na tocang kan rambut aku :(
sarah kalau kau tak de sape nak buta lawak :(
nati kalau aku sedih aku nak cari sape :(
korang la selalu buat lawak
i miss u

kalau korang nak tau aku ade masalah 
aku bole check dalam blog aku
blog aku ni dah aku buat macam diary
(bella suka duka)
apa yang aku suka apa yang aku tak suka semua ada dalam ni



Sunday, March 25, 2012

---- 4m1n f4rh4n----

kadang-kadang kita tak sedar
bila cinta tu datang dan macam mana dia boleh datang
amin farhan
saya takut nak sayang awak
saya takut nak cinta awak
walaupun awak dah yakinkan saya 
tapi
sumpah saya takut :(
saya takut kalau saya dah sayangkan awak
awak akan tinggalkan saya macam mana orang lain tinggalkan saya
kenapa awak nak pilih saya
banyak lagi perempuan yang sesuai untuk awak
saya takut saya kecewa lagi
sakit sangat bila dikecewakan
apa saya nak buat ni :(


Sunday, March 18, 2012

----unt1ttl3---

amirah nabilah
enough laaaa
kau da cukup besar nak fikir yang mana satu baik dan buruk
kenapa kau tak bleh fikir semua tu lg!!!
cukup la hidup dalam alam maya kau tuh
cari hidup dalam alam nyata
jangan percayakan dieorang smua!!

Tuesday, March 13, 2012

---1ts 1s Lov3??---

ya allah..
malam tadi aku mimpi dia msg aku
dia kate
"syg masih marahkan abg ke"
dalam hati aku seronok gila
mase tu aku betul-betul tang sangka yang dia masih ingat dengan aku
tapi,bila aku tersedar tu semua mimpi :(
bulan ni dia janji dia nak datang sini
tapi bila jadi mcm ni semua nya hancur
aku betul-betul rindukan dia ..
ya Allah kuatkanlah aku menghadapi semua ni 

---l1f3 1n c4mpus----

tinggal seminggu jek lagi aku exam..
senin depan management,rabu akaun dan ahad math \m/
wa ta sabar woooo
sedar tak sedar dah satu sem aku dekat sini
macam-macam pengalaman ade
tapi aku sumpah aku seronok gila dekat sini
dengan kawan-kawan yang gila
lecturer yang best
eeeeeeeeeeee...syiokkk laaa!!!
cuti 2 bulan nak wat ape eh? nak keja la (^____^)
i will miss this sem..
teringat masa baru-baru kenal dengan diaowg sumee
kelakar gila..
muahhh!! sayang korang


Thursday, March 8, 2012

----4ku d4 r3mov3 d13 l4----

huhhhh.....
memang susah aku nak remove dia 
walaupun hanya dalam fb
kalau dah dalam fb pun susah ni kan lagi dalam hidup aku
but i must do it
dia ta nak aku ade dengan dia lagi
so....
aku buat keputusan untuk lepaskan dia dari hati aku
jangan tnya la susah ke tak kan
sakit gila !
tapi aku betul-betul nak ucapakn terima kasih dengan sorang membe aku ni
dia la bg aku semangat suruh remove
thanks sangat-sangat

**PESANAN UNTUK AWAK **
1. awak,saya sayang sangat dengan awak
2. awak berhentilah hisap rokok tu
3. jangan mandi malam-malam lagi oke
4. awak jage diri baik-baik ea
5. awak jangan asik makan magie jek
6. ni PENTING! jangan asik main game jek
7. awak p la cri kerja smpai bila nak dok bwah ketiak mak  (yang ni bukan dia la )
8. saya tak marah awak pun,kalau saya pernah marah pun skejap jek
9. saya mintak awak halalkan suma apa yang awak dah bagi
10. last sekali......saya doakan awak jumpa perempuan yang mampu bahagia kan awak..yang mampu sayang awak..yang mampu buat awak ketawa..
 **************************************


08.03.2012 
saya AMIRAH NABILAH melepaskan MUHD NURAZANI dari hidup dan hati saya

Wednesday, March 7, 2012

---m4c4m m4n4 n4k lup4k4n d14----

saat-saat macam ni aku rasa sakit sangat
macam selama aku dengan dia 
aku tak pernah bahagiakan dia
tak sampai seminggu
dia dak buktikan siapa dia
Ya Allah
sakit sangat perasaan ni :(
tabahkan lah aku menempuhinya Ya Allah
muhd nurazani sumpah saya tak tau macam mana nak lupakan awak
setiap malam sebelum saya tidur saya akan tengok gambar awak
bila saya bangun dr tidur saya akan teringatkan awak
macam mana saya nak lupakan awak ?
awak tahu tak dalam hati saya ni macam mana?
sakit sangat saya tengok awak
saya tak sanggup
kenapa awak buat saya macam ni?
apa salah saya dengan awak
kenapa selama ni awak tak pernah berterus terang dengan saya ?
saya tak marahkan perempuan tu
dia pun manusia ada hati dan perasaan
tak salah dia ada perasaan sayang dengan awak
tapi saya nak tau sapa saya dengan awak? 
pernah tak awak ada rasa sayang dengan saya?
saya cuba ikhlaskan hati saya
tapi saya tak kuat
saya nak buang mesej-mesej awak
tap saya betul-betul tak kuat
kenapa la saya sanggup setia dengan awak
Ya Allah...
kau kuatkan lah aku,tabahkan hati ku
aku doakan kau bahagia dengan dia..
insyallah

Tuesday, March 6, 2012

----th1s fOr yOu----

video
hehehe :) vedio ni untuk awak..
tade sape yang tahu...
saya tak harap pape pun dari awak lagi
kalau awak rasa awak perlukan saya
saya still ade
kita tetap boleh jadi kawan kalau itu yang awak nak :)
#sakitjugakhatinihwehhhhh
-bella-

Saturday, March 3, 2012

----u br34k my h34rt 4g4in :'( ----

i dont think it should be happend :'(
i not aspect this
i really love u
but u break my heart
u know what is this
u know who are she
u are liar!!!!
u know what..its very hurt
how could u do this to me!!
ye..aku tau ko sygkan aku
tapi..aku perempuan
sama mcm dia
aku tak tergamak nak sakitkan hati org
aku tau die suke ko
aku tau!!!!
walaupun ko ckp die sedara ko ke ape ke
fitrah manusia! nak dri syg dan dsygi :'(
sakit sangat muhd nurazani
kenapa awk tak pernah paham saya?
kenapa awk tak boleh jujur dgn saya? 
awak suka tgk saya macam ni kan..
terima kasih!
video

Tuesday, February 21, 2012

----k4u s4h4b4t k4u t3m4n s3j4t1----**B301**

orang kata tak kenal maka tak cinta
tapi kan
lau tak kenal tu maka tak kenal jek la
kalau dah kenal kene bercinta ke =_=
UiTM kampus bandaraya Johor
tempat kat mana aku menyabung pelajaran aku peringkat DIP.
dalam bilik B301 ni juga la
aku kenal apa erti kawan
kawan ketawa senang kita na cari
kawan menangis mana nak cari?

B301
[ kak yong ]
ni lah kak yong kita orang atau nama dia "tasya" 
dalam bilik ni dialah yang agak "matang" bukan tua ye..
apa-apa masalah ni dialah yang akan handle
she is our catwoman (^_^)

 
[ sara a.k.a mummy]
mummy??? bukan mami jarum oke
sara atau lebih glamour dengan nama "HOTSTAFF"
mungkin sebab die orang kedua terkuat kat dalam bilik ni kot :P
but..
she is a better friend,not just friend but she can make me cry
PS* sara,thanks for the everything,you are the best friend 

[ aqilah ]
 haaaa..budak ni terkenal dengan FARMASI dia
macam-macam jenis ubat dia ada
kalau sakit tak payah pergi klinik
dia boleh settel kan
aku dengan dia satu kelas
she also a good friend should i have
i really aprieciate she want to be my friend
PS* everything happend you always in my side
tq so much :)

[aisyah]
minah sorang ni memang MANJA
eeeuuuu!~
budak ni duduk atas katil aku
dia juga selalu jadi konsultan aku
tak  kira la pasal kewangan ke pasal lelaki ke
macam-macam topik aku boleh layan dengan
minah ni
that why la,aku ta suruh JPK tendang dia pergi bilik lain :)
terima kasih aisyah sebab ta pernah amek hati dengan apa yang aku cakap dengan kau

[ alyah ]
dia ni seorang yang tak suka campur orang kot
everything dia akan buat sendiri
dia ni kan
aku tengok jarang sangat belajar
bukan malas aku rasa
sebab bila tengok quiz or test dia
not bad la
maybe tu cara dia kot na study

 [ angah ]
angah dia ni orang yang agak first aku kenal masa first-first datang sini
mula-mula aku kenal dia aku rasa yang dia mcm poyo2 jek
sebab masa dia datang tu
dengan beg sekolahnya
hahahah
tapi lepas dah lama-lama aku kenal dia 
baru aku tau dia macam mana
dia ni always nampak cool jek
tu yang buat aku suke dengan dia :)

[ mazz ]
ni budak sabah yang sesat ke semenanjung
tak tau la macam mana boleh sesat
hahahah
bila dah lama kawan aku nampak yang dia ni kan
suke buat muka
kelakar gila kalau dia buat muka
selain sara aku rasa dia ni orang kedua terlawak kat bilik ni
yang selalu buat bilik ni ceria
tq mazz :)

[ nazz ]
nazira saleh
ni la nama yang diberi kepada budak comel kurus sorang ni
memang dia ni gila-gila dan kuat menganjing
tapi hati orang siapa kita untuk tahu
dalam senyuman ada tangisan
nazz..you are the cute gurl
but you must know ta sume benda yang kita buat orang suka dan boleh terma seadanya 
PS**aku sayang ko :)

[ neomy ]
ni lagi sorang budak sabah yang sesat ke johor
she is very cute gurl
first time aku jumpa dia kat dalam bilik ni
hati aku berkata
cantiknya budak ni
satu benda yang aku nampak dalam dri dia
dia boleh berdikari dalam apa pun keadaan
dia datang beajar kat sini sorang-sorang naik flight
cerita dia yang tu betul-betul buat aku kagum
PS** neo.. i wish gud luck for your future :)

[ rinie ]
budak yang ni pun tak kurang comel jugak
dengan mata yang cantik
tak heranlah kalau ramai lelaki nak kat dia
you have a package
when you talking with me
i feel you are so cute
walaupun kadang-kadang perangai macam budak-budak
but
its your self
thanks sebab jadi kawan aku rinie :)
i love you!

[ bella a.k.a AKU la]
ni lah kawan-kawan aku masa aku sem 1 dalam kampus ni
tak sampai sebulan lagi kitaorang dapat duduk dalam satu bilik yang sama
sedih sangat-sangat
macam-macam kenagan kitaorang bersama
aku harap dieorang tak pernah nak ambik hati pasal apa yang aku cakap atau buat
sebab apa yang aku cakap
tak pernah lahir dari hati aku
tapi lahir dari ego aku sendiri
memang aku tak pandai nak luahkan apa yang aku rasa
memang aku tak pandai yang kata aku sayang ko
tap dalam hati aku
aku memang sayang korang semua
tanpa korang my life is dull :)











Saturday, February 18, 2012

----tOd4y 1s sUcK----

18.02.2012
tepat pukul 8.25
dekat masjid 
dalam kereta
aku kena RAGUT!!!
macam mana suma ni ley jadi?
akak aku dgn kawan-kawan dia
keluar untuk pergi smbahyang
aku duduk sorg dalam kereta
belum sempat aku lock pintu kereta
aku nampak sorang lelaki naik moto
sebelah aku
aku ingat kan dia dah na keluar dari masjid tu
tapi..
dia pergi sebelah tempat kereta and bukak pintu kereta 
dan amek handbag aku dgn akak aku yang ada dekat sebelah aku
aku ingatkan akak aku yang bukak pintu
bila aku perasan bukan
aku menjerit
waktu tu sumpah aku takut
bila aku turun kereta aku nampak kwn akak aku kejar mamat SIAL tu
kiteorg tak dpt buat ape dah
pergi report polis terus
aku rasa trauma gila
dalam masjid pon nak meragut
yang meragut tu melayu pulak tu
watehack!!!!

Sunday, February 12, 2012

---p3rn4h t4k 4w4k t4u 4p4 y4ng s4y4 r4s4----

mungkin saya seorang yang tamak
selalu nak awak ada dengan saya
selalu nak awak ada depan mata saya
selalu nak dengar suara awak
saya selalu rindukan awak
dulu kalau saya kapel saya akan pastikan 
lelaki tu buktikan yang dia betul-betul sayang saya
tapi bila dengan awak
saya tak perlukan semua tu
saya tak perlukan relationship kat fb
saya tak perlukan awak mengaku saya awek awak
saya dah cukup yakin awak sayang saya
tapi kadang-kadang terfikir
pernah tak awak paham saya?
walaupun untuk sesaat
i really miss u :'(

Saturday, January 28, 2012

---s4p4 4ku b4g1 k4u----

kite sedih :'(
sedih sangat-sangat..
kita sayang dia tapi kenapa die ta panah paham kita :(
kenapa na sakitkan hati kita :(
kat dalam laptop die tu gamba sape
tu bukan gamba kita
kita tak penah bagi dia gamba macam tu
kenapa dia nak sakitkan hati kita
KENAPA!!!!!!!
kita dah sayang dia sangat-sangat
kita dah janji akan cuba setia dengan dia
walaupun depan kita ada berjuta lelaki yang hensem
tapi kita na jugak setia dengan dia
kita nampak keikhlasan dalam diri dia
tapi..
tak mudah untuk kita percayakan lelaki
tolong la...
tolong jangan buat saya macam ni :(


Friday, January 20, 2012

----k1t4 s4y4ng m4m4t n1---

assalamualaikum to all blogger :)
happy saturday!
#update blog ni kat kampus ag,sat g baru na gerak balik - -"
kita na bagitau hati kita ada munga2 :)
sapa sangka dulu yang kita anggap kawan akan jadi org yang kita sayang
yess!! kita sayang dia sangat2!
org kata na jadi perempuan ni kena demand sikit
tapi..kita da kata dalam hati,lepas ni kalau ada seorang lelaki yang hadir dalam hidup kita
kita akan setia dengan dia,sayang dia,dan buat dia bahagia

*muhamad nurazani*
ni la mamat yang kita sayang sangat2 tu :)
comel la dia ni <3 rasa na cubit2 je pp dia tu :P
awak,kalau awak tau apa saya rasa bila awak ada dengan saya
tentu awak akan mengalir air mata
saya sayang awak tanpa sebab
awak datang dekat saya tanpa saya duga
saya curi hati saya tanpa saya sedar
dan
sebenarnya awak lah jantung hati saya :)
muhamad nurazani awak dengar sini ye !
apa pon terjadi saya akan tetap sayang awak sampai bila2:)
saya harap awak akan jaga hati saya baik2 :)
i love u so much :*
[ you r my lovely ]

Wednesday, January 11, 2012

----4aku 1ns4n y4ng l3m4h---

masyallah...
termenung sekejap mendengar kata-kata ustazah
memikirkan layak kah aku masuk ke syurga
layak kah aku merasa nikmat nye surga
layak kah aku berada dikalangan
para soleh dan soleha

saat hari itu 
9/january/2012
aku bermohon padamu ya ALLAH 
tetapkan lah iman ku
bimbinglah aku ke jalan mu
jauhilah aku dari segala kemaksiatan
sesungguhnya aku insan yang terlalu lemah
terlalu daif
terlalu singkat pemikiran ku
sesungguhnya kesilapan lalu betul-betul
buat aku menyesal
#semoga ALLAH mendengar doa aku